Transforms negative to positive weapon.
Assalammualaikum . Hai semua
Pernah tak dengar .. Change negative to positive.
Betul atau tidak budak budak sukakan competition ?
Negative atau tidak kalau budak budak suka berlawan?
Bagus atau sebaliknya?
Well.. word berlawan tu sendiri negatif tapi kalau kita gunakan dia untuk perkara yang positif..much more better right?
How?
Cerita dia macam ni... Malam ni first day aku jumpa student UPSR aku tahun 6. Nama dia Fida. Dari sekilas pandang ... Memang tahulah dia ni pemalu. Aku tanya nama pun sengih sengih jawab. Hahaha. Okay. Sesiapa yang pernah mengajar adik ke sepupu atau dia seorang tutor atau ajar kawan yang pemalu ni mesti faham situasi ..
" dia ni faham atau tidak "
" tak tahu senyum and tahu pun senyum "
Aku tak tahu . Hahahaha.
Parahhhhh... Jadi . Tips dia.. aku cuba nak dapatkan mood dia tu and detect apa kelemahan dia .
And yes ! Dia lemah sifir .
Well.. kalau suami nyawa isteri . Sifir nyawa Math . Cehhh cia cia cia.
Okay jadi nak jadikan cerita .
Masa ni musuh kita . Bila banyak masa kita rasa dia kawan baik. Bila kurang masa kita rasa dia musuh. Disebabkan dia lemah sifir dan dia pemalu nak cakap dengan aku...
Aku pun tutup soalan latihan yang dia buat dan ajak dia hafal sifir. Tapi sebelum tu aku kena tahu lah berapa lancar atau tidak lancar sifir dia tu kan.
[ tips ni kalau ada parents atau tutor lain nak gunakan pun boleh]
Tips dia ... Aku bukak stopwatch and cakap.. "cikgu catat masa, awak baca sifir'' kita tengok berapa lancar awak boleh lawan.
Dekat sini aku nak create bonding . A teacher and her/his student should be more than a stranger.
So. Memang dari masa yang awal awal dia amik untuk sifir 2 hingga 6 lama sangat . Aku buat sampai sifir 6 sebab sifir 7 dia langsung tak hafal. Jadi.. kita bagi kelonggaran.
Aku simpan as data . What improve here is...
At first dia mula mula macam buat tak tahu dengan stopwatch aku tu sampai dia tengok dari 55 saat jadi 2 minit then 3 minit.. which dia makin slow and basically tak lancar lah.
Then aku buat kotak sifir . Aku rasa semua sekolah buat ni. Jadi lepas buat dan bagi dia hafal dalam 10 minit sifir 2 sampai 6 ... Aku amik lagi masa dia sebut sifir 2 until 6.
Second retake, situasi dah mula berubah . Aku boleh nampak dia makin excited nak sebut sifir tu even dia ada terjerit jerit hahaha and even ada salah aku keep saying " no, wrong" "no" tapi dia tetap cuba. Well . Untuk first day aku ajar dia and at least dia gelak and faham hafal sifir. I was impressed .
Sebab budak budak ni patang kalah. Bila ada competition dia akan cuba cuba even dia tahu yang dia cuma berlawan dengan minda dia sendiri. Dia berlawan dengan diri dia supaya dia mampu hafal sifir dalam masa yang singkat.
Aku teringat dulu mak suruh aku hafal sifir sebelum keluar bermain. Kalau tak dapat hafal jangan keluar main. Wow...Stress gila hafal . Bila ada tekanan, bila dalam keadaan desperate kita boleh buat apa sahaja. Time tu aku nak sangat main luar. Even aku menangis tunggang terbalik and tak dapat hafal sifir pun, mak aku tetap say "NO" she was strict . Then masa tu everyday aku akan hafal sifir sampai aku dapat keluar main petang.
Benefit dia ...Semua ni mindsets. Kalau kita rasa..
" terdesak, benda yang mustahil pun jadi tak mustahil" Cuma pastikan ia dijalan yang betullah.
atau
"aku kena hafal jugak sebab aku nak dapat masa singkat" inshaallah kita boleh buat. Aku tak nafikan kadang kadang memang kita dah set mind kita supaya " weh aku boleh buat " tapi at the end kecundang . Diam . Sabar.
For me ..dua tu penting . Sebab bila aku diam baru aku mampu pupuk sabar aku. Bila sabar aku akan diam.
Sabar. Maybe not now . Maybe one day.
Giving yourself a chance is another way to appreciate and accept yourself.
Aina Wafi pernah cakap dalam video ML studio .. " Kalau bukan kita terima diri kita, siapa lagi?"
Ulasan
Catat Ulasan