Pengalaman Part-time Housekeeper Sejak Tingkatan 3.

Terasa nak kongsi pengalaman kerja sambilan sejak 15 tahun.






Dulu awal awal aku mula buat kerja sambilan atau part time masa umur 15 tahun. Masa tu aku tingkatan 3.

Awal awal dulu memang tak terasa nak part time cuma terikut-ikut kakak dengan abang je. Masa cuti sekolah panjang dulu tak ada kelas tuisyen jadi memang bosan cuti duduk duduk rumah. Jadi, mintak izin mak abah untuk part time, tup tup boleh... Bila boleh tu, part time dekat tempat kerja mak la. Hotel Equatorial as houskeeper. 

Masa tu umur paling muda kerja masuk hotel ( Malaysian) 15 tahun. Department housekeeping tu memang tahu dan kenal lah dengan mak aku jadi like dikenalilah.... hahahahha. 

Pengalaman pertama kali kerja part time masa tu memang penat gila. First day kerja terus demam 3 hari sebab sengal sengal badan sebab tak biasa kan. Jadi memang terus off 3 hari. Masa tu memang gelakkan diri sendiri sebab baru kerja first day dah off 3 hari. Malu gila kot. 

Then lepas naik cuti tu, kerja lah segigih yang mungkin sebab kalau ada sesiapa yang pernah kerja dekat department housekeeping ni kerja dia memang kejar masa. Kau bayangkan nak bersihkan bilik hotel 5 bintang yang besar tu dalam masa 15 minit sahaja. Weh! Tak patah lak pinggang kan. Like berlari-lari bersihkan bilik air. Ada sekali tu lembam lutut sebab bila tongeng tongeng basuh lap bathup tu sampai terjatuh dalam tu. Peh.... Pedih dia. Menangis. 

Biar aku ceritakan rutin kerja as housekeeper dekat Hotel Hotel level 5 star. 

Pagi pagi ... 7:30 am da sampai ambil uniform. Baju je dia bagi. Seluar and tudung sendirian berhad.
Lepas tu dalam pukul 8:00 am briefing. Done dapat floor mana and follow staff mana. Kadang kadang bila dapat floor atas atas ni means most of the bilik tu vip and kena tip top and tak boleh buat salah. Dulu kalau awal awal masuk akan pergi dekat floor 5. Lepas dah mahir sikit terus boleh slow slow naik floor 15 ke atas. Floor 21 ada satu bilik yang boleh dikatakan rumahlah . Penthouse ? Entah lah. Bilik tu kalau kemaskan mahu makan separuh hari. Tapi best sebab seronok kerja dekat atas. Jarang orang lalu so kalau dah siap kerja boleh acah acah owner kejap. Hahahahaha. Plus kalau supervisor atas tu memang cool orangnya tapi aku lupa nama dia siapa. 

Dalam banyak banyak guest, paling senang kalau guest dari Japan sebab dia tak mandi jadi bilik air dia yang kena touch up cuma bahagian sink je. Masuk kemas kemas dalam 5 minit dah siap. 

Houskeeping ni kerja dia yang pentingTiming.

Untuk pekerja housekeeper faham perasaan bilik "rush", bilik "kiv" dan yang paling menguji kesabaran ialah bilik "Que". Itu memang bengang sebab orang bawah dah jual bilik but guest lama belum keluar lagi. Itu memang fed up lah. Rush. 

Bestnya bila ada guest selalunya chinese from China or Jepun or Korea.. memang kisah dia inshaallah ada "tip" la.... Melayu jarang ada tip selalunya tak ada. Masalah melayu ni hahaha bukan semua tapi kebanyakkan ialah biasalah kita melayu suka masak2 dalam bilik. Jadi untuk duduk hotel memang masak tu bilik akan kepam dan yang paling penting bilik air akan basah like banjir hahahaha. Selalunya sebab family day dari group Cimb atau dari group Honda. 

Yang penting dalam 1 minggu Manager Houskeeping tu dah bagi report dekat aku. ( Report tu untuk orang permenant je tapi bila part timer dapat dia macam upgrade sedikit lah ~kot hahahaha) 


Untuk bab duit pulak...  Duit memang boleh kumpul sebanyak yang mungkin kalau kerja sebanyak yang mungkin. Time tu Rm3.50 je 1 jam. Kerja dari jam 8 am - 6pm dalam 10 jam. Dapat 1 hari Rm35.00. dalam seminggu 6 hari kerja. Jadi total 1 minggu dapat Rm210. Masa tu Rm210 tu terasa macam banyak weh.. Yela kita biasa biasa jadi bila dapat duit sebab penat lelah sendiri tu first time rasa berharga, Tapi berharga tak berharga belanja jugak awal2 dapat gaji tu weh..... Langsap~ 


Duit dapat seminggu sekali jadi lepas dapat tu kumpul sikit sikit bukan untuk beli phone kay, simpan duit untuk kalau kalau family ajak jalan nanti boleh belanja guna duit sendiri macam beli barang yang kita nak ke.. Then baki simpan untuk masuk asrama nanti. Duit belanja asrama lah. Cuti masa tu 1 bulan je jadi part time satu bulan je la. 

Cabaran kerja part time awal usia satu je.Orang akan pandang rendah dekat kau like kecik kecik dah masuk kerja walaupun masa tu cuti sekolah. Like, kawan kawan aku ada yang tuisyen tapi aku kerja. It's okay la sebabtak ganggu langsung pun study plus kan cuti and nanti naik sekolah aku pulun habis habis. Ceh! Alhamdulillah menjadi hahahaha.


Kelebihan kerja part time masa awal awal usia ni memang kau akan terasa berdikari seberdikari yang mungkin. Dulu masa sekolah rendah tolong parent dekat warung tapi sejak tingkatan 1 dah tutup warung sebab pindah rumah jadi dah tak tolong tolong so terkubur pulak sikap berdikari tu. Haha! Like lupa diri jadi bila mula part time balik tu memang duit tu terasa berbaloi lah. 

Kekurangan dia kalau tersalah jalan or tersalah kawan memang akan membawa kepada ... kehancuran sebab ! aku pun hampir jugak terjebak ... maklumlah hahaha! 

Masa tu kau punya pemikiran akan ke arah lain like kau tak akan rasa nak "cuti je holiday" kau akan rasa " cuti jom part time" hahahaha.

Pengalaman part time hotel as housekeeper ni totally best. Paling best masa kerja dekat Hatten Hotel Huhuuhuhuhuhuhuhuhuu. Okay. Untuk cuti sekolah masa umur 16 sampai 18 aku part time as housekeeper overall best dan rindu ... 




Ok lah tu je buat masa ni sebab nak share pengalaman as part timer seawal 15 tahun je. 














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sup Ayam Tanpa Minyak

Cara Membuat Kimbap Sedap Mudah