Cara Membuat Kimbap Sedap Mudah
Hi sis/bro. Hari ni terasa nak tulis resepi buat kimbap senang dan sedap. Dulu masa join exchange program dekat korea memang suka join benda yang orang jarang buat . Jadi, masa tu ada program cooking class. Kita pun join la. Masa dekat situ memang best sebab ada 6 menu dia ajar serentak. My teams kena assigned buat kimbap! Yes! Masa ni tangan buat kimbap lepas siap pergi meja meja team lain untuk makan makanan dia masak. Bila time jamuan makan malam sebenar, semua makanan kita dah rasa, jadi duduk tepi lounge sambil pegang jus and hayati suasana je ... Hahahaha Nostalgia sangat! Ok jom mula!
Ini gambar songsengnim ~ yang ajar buat kimbap tu. Tengoklah bahan bahan dia. Mudah dan simple je.
Untuk yang tak tahu bezakan kimbap dan sushi meh saya bagi tahu. sushi dan kimbap bezanya hanya pada rasa. Rasa nasi dia. Kalau kimbap rasa dia more to sesame seed/oil tapi sushi dari jepun more to rasa manis / masam .
Bahan Bahan yang Diperlukan.
Meja tu kita dah bersihkan mudah sikit roll . Kalau ada roller dia lagi bagus :D
- Beras wangi / Nasi pulut ( Boleh guna nasi biasa lebihkan air )
- Sesame Oil / Minyak bijan
- Garam
- Sea weed ( Yang tidak diperasakan ye )
- Mayonis ( Optional)
- Lobak merah
- Timun Japan
- Sosej Ayam
- Daging ( Kalau nak boleh letak, disebabkan ada lebih daging korban jadi kita slice daging)
- Bayam ( Bayam sedap dari sawi ^^)
- Isi Ketam
- Telur dadar
p/s: Isi isi ni boleh diubah ikut citarasa diri sendiri .
Cara Masak:
- Masak nasi dan seasoning kan nasi dengan kalau 4 pot nasi, saya letak 4 /5 TBSN sesame oil dan garam secukup rasa. Jangan letak banyak sangat sesame oil takut oily sangat pulak nasi kita tu. Plus garam jangan letak banyak, sekadar diperasakan sahaja sebab bahan bahan kita dah berasa.
- Potong semua bahan bahan yang diatas secara memanjang ye. Mudah di gulung.
- Panaskan kuali dan isi minyak bijan dalm 1 TBSP dan secubit garam .
- Masukkan bahan bahan SATU SATU JENIS - seasoning kan bahan bahan tu.
- Seasoning tak perlu seminit pun. Cukup setengah minit .
- Daging masak / perap ikut citarasa sendiri. Saya perap dengan minyak bijan je.
- Masak daging nak bagi empuk senang je , potong nipis nipis yang boleh . Jangan terlalu masak atau garing . Nanti tak sedap kimbap ^^.
- Bayam tu daun dan batang dia pisahkan . Dan rebus asing asing. Lepas rebus, kita seasoningkan dengan minyak bijan dan garam. Bukan secukup rasa~ hahaha
- Telur digoreng kurang minyak dan dipotong panjang panjang.
- Selepas siap semua bahan bahan kita. Sedia untuk digulung!
Kalau nampak saya letak mayonis atas nasi . Plus nasi boleh nipis lagi tapi disebabkan excited terletak tebal pulak hahahaha. Bahan saya letak banyak tapi saya snap yang ni dulu je.
Potong molek molek ye. Tips nak potong , pisau mesti tajam , basahkan mata pisau supaya nasi tak melekat semasa potong. Jangan guna pisau roti sudahlah.
Dah siap boleh lah simpan untuk makan beramai ramai sebab masa buat ni tangan gerak, mulut pun tak berhenti mengunyah. Tahu tahu habis je. Hahahaha
Sebabkan abang ipar suka buat benda pelik pelik tapi sedap. Dia buat mayonis campur apa tah , sedap jadi colet sikit letak atas kimbap ni.
SIAP!
Selamat Mencuba!
Sis, nk cari seaweed tuk kimbab tu kat mana?
BalasPadamhari tu cari dekat kedai kek ada. Seaweed dekat pasaraya pun ada tak silap....:D
Padam