Motivasi Diri: Lapangkan hati & Allah kabulkan Doa Setiap Masa.

Assalammualaikum semua,

Pernah dengar tak, orang pernah tanya  , bila Allah nak kabulkan doa aku ni ? Apa dosa aku ? Kenapa aku ? Aku penat ?

Sebenarnya hari ni aku nak kongsikan rasa aku terima berita buruk.

Hari ni... Aku bangun pagi, solat , benda pertama aku minta pada Allah is ya Allah, kalau hari ini aku terima berita yang tidak baik.. Permudahkan aku! Permudahkan aku untuk terima dan redha dengan berita yang engkau berikan. Masa tu .. aku tak pernah terlintas nak terima berita buruk ... Yela siapa nak dengar berita buruk kan ?

Tapi dalam tengah hari lepas tu ... bila aku dengar khabar kurang baik ni.. Aku jadi terkedu. Hati aku rasa kosong. Sedih tidak. Menangis tidak. Diam seribu bahasa. Disebabkan aku dekat office tengah bekerja aku diam dan sabar.. Pada aku mungkin masa tu aku tengah tahan perasaan sebenar aku. Jadi lepas balik kerja aku rasa mungkin aku boleh nangis dan lepaskan apa aku rasa ...

Tapi entah kenapa.. rasa tu ibarat berlalu pergi. Again I feel so surprise. Why? Then bila malam aku ada kelas mengajar student aku... Aku pergi dengan rasa campur baur  and bila sampai je... Aku ajar macam biasa malah lebih happy and excited which aku tak nak student aku nampak malas dan penat even dia memang tengah penat ( tertidur agaknya) ..

Jadi , macam biasa aku akan sentiasa cuba muhasabah diri aku.. tentang apa yang jadi and masa tu aku teringat. Aku doa Allah permudahkan hati aku untuk terima sebarang berita buruk. Aku nak kongsikan dekat sini is hati kita ni kepunyaan Allah.

Walaupun aku tahu sejauh mana amal ibadat aku, aku tahu senipis mana iman aku, tapi Allah kabulkan doa aku dalam sekelip mata . Banyak kali benda ni jadi tapi aku pun manusia biasa selalu lupa..


Pernah tak kita plan... susun baik baik rancangan kita untuk masa hadapan kita tapi tiba tiba dalam sekelip mata .. Hilang. Plan kita tak menjadi. Contohnya .. Konvo. Kita dah susun dan buat yang terbaik untuk graduate dan habis belajar tapi kadang kadang kita merancang dan Allah pun merancang bezanya ... Rancangan Allah lebih baik . Macam mana kita pasti ? Sebab Allah tahu apa yang kita tidak ketahui ....


Aku bukan nak cakap.. bila sesuatu benda buruk jadi, kita perlu letakkan dan hanyan berharap kepada Allah tanpa usaha ... Tidak. Mengajar hati untuk redha adalah salah satu cara usaha yang kita tunjukkan bila mana sesuatu perkara tidak menjadi.

Jam tangan kita tak sama dengan jam tangan orang lain.
Perjalanan kita tak sama dengan perjalanan orang lain.


Ada yang umur 23 dah graduate .
Ada yang umur 24 belum habis belajar.
Ada yang umur 20 meninggal.

Kita punya kisah berbeza. Jangan samakan antara manusia dan manusia.

Dulu cikgu dekat sekolah aku pernah cakap ... Kalau hati kita lapang. Balinglah sebesar mana pun bola atau campaklah sebanyak mana pun ujian . Kita boleh hadapi ... Terima !
Tapi kalau hati kita kecik... Hanya dengan sebiji boleh sudah memenuhi ruang ... Kita akan terasa sesaknya hati kita.

Berlapang dada . Lapangkan hati.

Mungkin sekarang bila berbicara semua mudah dan indah belaka.. Tapi ingat.

Pelangi datang selepas hujan.

Aku hidup sentiasa ingin dan mahukan nasihat dari orang orang yang berpengalaman dan orang yang sentiasa positif supaya setiap saat , aku sedar. Pengalaman orang jadi pendoman buat aku.


P/s: Sabar .




















Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sup Ayam Tanpa Minyak

Pengalaman Part-time Housekeeper Sejak Tingkatan 3.

Cara Membuat Kimbap Sedap Mudah