Home Tutor Untuk Golongan Pendapatan Serdahana.
Salam semua ...
Hari ni penat sangat sebab lepas balik kerja terus pergi Ppr Kerinchi untuk ajar student... sebab join home tutor under Cikgu Ada area Kl. Area sini to be honest memang terkenal dengan home tutor sebab area universiti dan parents dekat sini memang kurang hantar anak dia ke kelas tambahan berkelompok sebab mahal.. Jadi home tutor yang saya join ni terbukak kepada keluarga yang medium and average class..
Mula mula masa buat benda ni dekat sini, join housemate jadi tutor lah. Time tu students ada 10 orang. 5 orang dari tahun 5 dan 5 orang dari tahun 6.. Ramai ramai datang rumah untuk belajar..
Masa tu 1 jam kami charge RM20.00 sahaja. Untuk pengetahun semua.. Rm20.00 untuk 1 jam home tutor adalah sangat murah berbanding tutor tutor yang akan ambil dalam Rm45 dan keatas.
Target masa tu golongan yang berpendapatan rendahlah. Sebab.. pada aku semua orang ada hak belajar dan ada hak untuk dapat tuisyen yang bagus. Cuma mereka kurang bernasib baik sebab kurang mampu.. Tak nafikan ada yang pertikaikan , home tutor ni hire bukan cikgu.. Ye.. betul. Most of them aren't a teacher but yes we still can teach anak anak dengan cara dan silibus yang betul. Actually we assist your kids supaya mereka lebih faham dan bersedia untuk peperiksaan dan boleh ulangkaji apa yang belajar dekat sekolah.
Penat ?
Ramai yang comment. Aku siang kerja sampai pukul 6pm lepas tu sambung tuisyen. Tak penat ke? Yes memang penat tapi time ni masih muda dan bertenaga. this is the right time where aku patut cari rezeki dan simpan assets untuk family and my future rasanya.
Banyak kebaikkan lain yang aku nak kongsikan cuma malam ni memang lesu sikit sebab baru balik mengajar. Mengajar hari ni seronok sebab parents siap masakkan untuk aku mee goreng. Ya Allah rezeki sangat.. Niat aku join home tutor ni...
- Aku nak anak bangsa aku yang kurang bernasib baik macam aku dapat hak yang sama untuk join tuisyen, rajin dan seronok belajar. Dapat kebaikkan dari aku walaupun hanya sekelumit zarah .
- Sekurang kurangnya masa aku tak terluang dengan sia sia dan aku boleh kumpul duit poket hantar dekat family.
Dulu aku pernah terfikir.. kalau aku kaya.. aku nak bukak rumah anak yatim. Tapi bila entah aku pun tak tahu.. rasa aku boleh tukar untuk bantu budak budak yang perlukan tuisyen perlahan lahan macam ini mungkin.
Akan datang siapa tahu?
Dekat melaka kurang home tutor ni... Sebab dekat melaka tuisyen berkelompok tak semahal tuisyen dekat Kl... Mungkin sebab tu dekat melaka tak popular sangat home tutor.
Ulasan
Catat Ulasan