Lesen di IMKL :)
Assalammualaikum :)
Rasanya sesiapa yang belajar area KL mesti pernah dengar Institut Memandu IMKL . Jadi hari ni nak terangkan serba sedikit tentang lesen memandu IMKL ni lebih ringkas je . Sebab ramai tanya duduk area bangsar, tapi amik lesen area gombak ( IMKL kt gombak kalau nak tahu ) .
Sebab IMKL bagus :
- Yuran Murah : memang ada harga student / bukan yang lebih murah berbanding harga institut belajar memandu yang lain.
- Urusan mudah : memang mudah nak berurus dengan IMKL sebab dia ada ejen ejen dia . Cuma beza harga ejen lain dengan harga uruskan sendiri . Maklumlah kelebihan ejen ni kita pergi kelas danbalik di hantar dan amik.
- Daftar guna whatsapps je . Ini memang mudah , yela kita yang student duduk jauh dari gombak macam area bangsar ni sebab universiti dekat sini memang susah kalau nak daftar kena pergi office, jadi dia gunakan khidmat pendaftaran whatsapp ni memang mudah.
- Boleh pilih cikgu :D . Cakap pasal guru dia belum tahu lagi sebab saya pun on the way lagi ke kelas kpp02 . Tapi masa tengok buat kpp02 , ada lah cikgu dia garang sikit. Tapi untuk memandu , kita boleh pilih cikgu . Itu yang best !! hehehehe untuk gurls boleh pilih cikgu gurls. huhuhuhu ke nak cikgu pakcik2 :P .
- Pengangkutan pergi dan balik dari LRT TAMAN MELATI ke IMKL free. Kita just whatsapps atau call je , selalunya call sebab kalau wassap dia susah reply untuk pengangkutan ni , kita pun nak cepat kan.
untuk sesiapa yang macam saya , duduk area city center boleh naik lrt dari KL SENTRAL KE LRT TAMAN MELATI ( 12 stops) kejap je dalam 40 minit sampai hehehe. Cepatlah tu and murah dalam Rm3.90 pergi dan balik. Nanti sampai sana boleh contact nombor staff IMKL .
http://imkl.com.my/ <--- ini link IMKL kalau nak tahu maklumat lanjut. Saya bukan promot tapi share je . Memang berbaloi sangat ^^ .
0178989059 ( IMKL) //0196327974 ( PN.SYAHIDAH IMKL)
Ulasan
Catat Ulasan