Jommakan: Ketam Masak Lemak
Hai guys.. Hari ni nak share masak lemak ketam yang mudah, malas nak membebel banyak.. Jom masak! Bahan utama: Ketam x 8 ekor Santan Bahan Kisar : Bawang merah x 2 biji Bawang putih x 4 ulas Serai x 3 batang Kunyit hidup x 1 sebesar ibu jari Serai x 3 batang Cili padi x Ikut tahap kepedasan Bahan hiasan: Daun kunyit Bahan Rahsia: Asam keping Cara Masak : 1. Siang ketam: Cara cara menyiang boleh semak dkat you tube atau blog. Mudah sahaja yang penting kena tahu jantina ketam supaya masa menyiang kita tak terbuang telur dia skali. Mudah sangat nak siang ketam. Selepas siang kita boleh bahagi dua badan ketam supaya mudah dimakan nanti seperti dalam gambar . Dalam video ini ada 8 ekor ketam. Wow! Berketam aku masa nak siang guys. Gambar dari Mingguan Wanita https://www.mingguanwanita.my/sebelum-nak-beli-ini-8-tip-nak-pilih-ketam-yang-segarmanis-banyak-isi/ 2. Kisar bahan bahan. Tips untuk mereka yang tidak m...